5 cedera tembakan rambang di masjid

TORONTO, KANADA, 17 APRIL – Seramai lima orang cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Toronto, Kanada pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap Jabatan Polis Toronto, David Rydzik berkata kejadian berlaku di daerah Scarborough apabila sekumpulan lelaki melepaskan tembakan sebaik selesai menunaikan solat tarawih. 

Beliau berkata sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan manakala bilangan suspek yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dapat dipastikan.

“Motif sebenar kejadian masih disiasat,” kata Rydzik. – Bernama