Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    5 ditahan, pelbagai barang tegahan dirampas dalam 4 operasi JKED

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan JKED

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Lima orang ditahan dan pelbagai barang tegahan kastam telah dirampas dalam empat gerakan operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan JKED, hasil gerakan operasi yang dijalankan pada 6 Julai lalu di kawasan Kampung Salambigar, jabatan berkenaan telah menahan seorang lelaki warganegara tempatan dan seorang perempuan penduduk tetap, masing-masing berumur 37 dan 39 tahun, yang memiliki 12 karton rokok pelbagai jenis, 14 vape dan aksesori.

    Turut dirampas adalah sebuah kereta serta wang tunai sebanyak $1,618 yang dipercayai hasil penjualan barang-barang tegahan kastam.

    Hasil gerakan operasi kedua yang dijalankan pada 7 Julai lalu di kawasan Jalan Anggerek Desa pula telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 38 tahun yang memiliki 23 karton, 11 peket dan tujuh batang rokok pelbagai jenis.

    Turut dirampas adalah sebuah kereta serta wang tunai sebanyak $708 yang dipercayai hasil penjualan barang-barang tegahan kastam.

    Gerakan operasi ketiga yang dijalankan 8 Julai di kawasan Jalan Kampung Sungai Besar telah menahan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 37 tahun yang memiliki 24 botol minuman keras, 18 batang rokok, 12kg tongkeng ayam, 20kg sayap ayam dan 92.8kg hati buyah yang diragui kehalalannya. Turut dirampas adalah sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk membawa barang-barang terbabit.

    Manakala itu, gerakan operasi keempat yang dijalankan 9 Julai dengan melibatkan pemeriksaan sebuah rumah di kawasan Lorong 3 Selatan Seria, Daerah Belait, telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 41 tahun yang memiliki 29 karton, dua peket dan sebatang rokok.

    JKED menyatakan, kesemua barangan tegahan telah dirampas dan individu-individu terlibat telah dibawa ke pejabat penguatkuasaan undang-undang untuk siasatan lanjut.

    Antara barang tegahan kastam yang dirampas dalam salah satu gerakan operasi.
    Antara barang tegahan yang dirampas dalam gerakan operasi pada 6 Julai lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...