Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 juta kanak-kanak berisiko kebuluran

    ADEN, 19 Sept – Kebimbangan memuncak mengenai krisis kemanusiaan di Yaman selepas tentera kerajaan yang disokong oleh Arab Saudi melancarkan beberapa siri serangan ke atas wilayah yang dipegang oleh pemberontak di Hodeida.

    Badan amal hari ini juga mengeluarkan amaran bahawa lebih dari lima juta kanak-kanak berisiko untuk kebuluran di negeri yang teruk akibat perang itu.

    Pemberontak Huthi menuduh kerajaan dan sekutunya dengan sengaja menyasarkan gudang makanan ketika gabungan tentera itu mengatakan ia telah meneruskan satu ‘operasi ketenteraan untuk membebaskan Hodeida dan pelabuhannya’.

    Menurut sumber pasukan prokerajaan dan perubatan di wilayah Hodeida, memberitahu AFP seramai 40 orang anggota Huthi telah dibunuh di sekitar bandar yang ditakluki itu sejak semalam.

    Perebutan untuk wilayah Hodeida, yang dirampas oleh Huthi pada tahun 2014, ditangguhkan selama 11 minggu ketika Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berjuang untuk menghidupkan kembali rundingan damai di Geneva antara parti-parti yang bertempur.

    Gambar pada 15 September 2018 menunjukkan seorang budak perempuan meminum air di sebuah kem pelarian di timur bandar pelabuhan Hodeida. Menurut badan amal Save the Children, seramai lima juta kanak-kanak kini berisiko kebuluran kerana harga makanan dan bahan api yang melambung naik di Yaman. – AFP

    Namun, rundingan itu gagal awal bulan ini selepas pemberontak di utara Yaman enggan untuk hadir.

    Bandar pelabuhan Laut Merah adalah laluan penting bagi penghantaran bantuan ke Yaman, negara paling miskin di dunia Arab. PBB telah memberi amaran bahawa sebarang pertempuran besar dapat menghentikan penyaluran bekalan makanan kepada lapan juta penduduk Yaman yang sangat bergantung pada bekalan bantuan untuk terus hidup.

    Gangguan penyaluran bekalan ke Hodeida boleh ‘menyebabkan krisis kebuluran pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini,’ menurut Badan Amal Save the Children dalam satu laporan hari ini.

    Lima juta kanak-kanak kini berisiko untuk mengalami kebuluran kerana harga makanan dan bahan api melonjak, kata badan amal itu.

    Komander pasukan gabungan di pantai barat Yaman, Brigadier Jeneral Ali al-Taniji, mengesahkan semalam bahawa pasukan itu telah melancarkan operasi di Hodeida, dalam satu kenyataan kepada media negara di Emiriyah Arab Bersatu, rakan kongsi utama Arab Saudi dalam gabungan itu.

    Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, seorang pegawai tentera gabungan kanan memberitahu AFP operasi itu sedang dijalankan dari pelbagai serangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda