Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    5 keluarga ditimpa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Lima buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan bencana alam di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara telah menerima sumbangan kewangan berjumlah $32,250 daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini.

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan pada majlis yang berlangsung di Dewan An Nuara, Kompleks Yayasan.

    Penerima sumbangan terdiri daripada Awang Sharizan bin Ibrahim dari Kampung Masin; Hajah Junaidah binti Mohd Salleh dari Kampung Anggerek Desa; Pengiran Hajah Jubaidah binti Pengiran Haji Umar dari Kampung Pasai dan Pengiran Hajah Aisah binti Pengiran Haji Menudin dari Kampung Menglait, yang merupakan mangsa-mangsa kebakaran rumah.

    Manakala itu, Dayang Aisah binti Haji Tengah dari Kampung Sungai Kebun merupakan mangsa musibah bencana alam.

    Sumbangan berkenaan merupakan bantuan segera yang dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan bencana alam pada majlis yang diadakan di Kompleks Yayasan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...