5 kesalahan kompaun dikeluarkan

OlehYusrinJunaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Bagi memastikan pematuhan peraturan lalulintas sentiasa dipatuhi dan dipraktikkan oleh para pemandu, beberapa operasi sekatan jalanraya telah dijalankan yang dikendalikan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) di beberapa daerah.

Dalam operasi dijalankan oleh PDB di Jalan Tengah Seria, Daerah Belait, sebanyak tiga kesalahan kompaun telah dikeluarkan kepada pemandu atas kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan tidak baik di jalan raya.

Operasi tersebut dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis DaerahBelait yang melibatkan seramai 10 orang anggota. .

Manakala bagi Daerah Tutong, operasi sekatan telah dijalankan oleh anggota polis dari Balai Polis Lamunin bersama anggota Unit Pasukan Simpanan Kompeni C di kawasan persimpangan empatKampung Lamunin.

Hasil daripada sekatan berkenaan, PDB telah mengeluarkan dua kompaun kepada dua orang pemandu yang melibatkan kesalahan mengubahsuai kenderaan dan kenderaan tidak selamat dipandu di jalan raya.

PDB ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya.