Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    5 lagi tersenarai dalam Alert List

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah menyenaraikan lima lagi individu, syarikat atau entiti ke dalam Alert List bagi Julai 2022.
    Senarai itu termasuklah Fxpro_bn (Profil IG)/fxrpobn (Profil IG)/realfzpro_bn (Profil IG)/uswatunhasana_h (Profil IG), 8369946, Investment Amanah (FB Profile), Layanan_invest (Profil IG/layanan_clever_pips/Vip_globaltrade (Profil FB), Layanan Investment Brunei (Profil IG) serta Public Loan Brunei (Profil IG)/ Public Loan of Brunei Darussalam.

    Dalam kenyataannya, BDCB menerangkan bahawa Alert List adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu adalah tanpa prejudis terhadap sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan. Alert List yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    BDCB juga menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen.

    Orang ramai juga diseru berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan-perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak dilesenkan atau dikawal selia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...