Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

5 lelaki didakwa rompak warga asing

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Lima lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Perantaraan di sini, kelmarin atas dakwaan melakukan rompakan.

Muhammad Kamarul bin Kamsul, 30, Hamdan bin Juki, 34 dan Mohammad Amir Rashid Al-Islam bin Abdul Rahman, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan yang menyatakan mereka telah merompak rantai emas dan wang tunai berjumlah $3,000 daripada seorang lelaki warga asing berusia 45 tahun, di rumahnya di Jalan Ban 4 Mulaut antara 10 hingga 11 malam pada 21 Mac lalu.

Pendakwa Raya Atiyyah Abas menjelaskan pertuduhan ke atas ketiga-tiga defendan, bagi rompakan berkumpulan dan menimbulkan ketakutan kepada mangsa, membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 12 sebatan.

Hakim Radin Safiee Radin Mas Basiuni menangguhkan kes terhadap ketiga-tiga mereka sehingga 30 April.

Sementara itu, Sardini bin Mohd Salleh, 44, dan Mohammad Madani bin Abdullah Lai @ Lai Chung Sien, 42, telah menafikan pertuduhan yang sama.

Kedua-dua mereka memohon ikat jamin yang akan dibicarakan di mahkamah esok.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -