Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    5 maut, 10 cedera banjir kilat di Afghanistan

    JALALABAD, AFGHANISTAN, 25 JULAI – Lima orang terkorban dan 10 lagi cedera dalam banjir kilat terbaharu di wilayah timur Nangarhar lewat kelmarin, lapor Xinhua.

    Banjir itu turut menghanyutkan 320 rumah dan memusnahkan ratusan ekar tanah ladang di ibu kota wilayah Jalalabad dan beberapa daerah di wilayah itu, kata pejabat gabenor wilayah hari ini dalam satu kenyataan.

    Satu daripada jambatan utama di laluan yang menghubungkan ibu kota Kabul ke wilayah timur turut dihanyutkan banjir, kata kenyataan itu sambil menambah jalan itu kini ditutup.

    Dua hari lalu, hujan lebat dan banjir kilat turut melanda wilayah Panjshir dan Takhar yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar di wilayah itu. Bagaimanapun, tiada korban dilaporkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...