5 maut akibat banjir di Turki

ANKARA, 22 JUN – Kejadian banjir kilat yang disebabkan oleh hujan lebat di Barat Laut Turki telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut, menurut pegawai hari ini.

Banjir yang melanda bandar Kestel, di wilayah Bursa, kelmarin, menghanyutkan lima orang anggota keluarga dan memerangkap seorang wanita kurang upaya di rumahnya.

Hari ini, pekerja penyelamat menjumpai mayat wanita tersebut dan menemui mayat empat orang yang dihanyutkan oleh banjir, menurut pejabat gabenor. Usaha mencari seorang lagi yang hilang masih diteruskan. – AP