Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    5 maut dalam kemalangan bas mini

    RIO DE JANEIRO, 8 NOV – Empat ahli keluarga dan seorang rakan mereka maut manakala seorang remaja hilang selepas bas mini yang dinaiki terjatuh ke dalam Sungai Amazon, Para, utara Brazil semalam, lapor Xinhua memetik media tempatan.

    Bas mini yang dinaiki 11 orang itu dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Santarem dan terbalik ketika cuba menaiki feri untuk menyeberang sungai berkenaan.

    Terdapat 11 orang dalam bas itu, dengan pemandu dan lapan orang penumpang turut terjatuh ke dalam sungai, dua lagi berjaya menyelamatkan diri dan seorang lagi masih hilang.

    Pemandu bas mini itu dilaporkan terlupa menekan brek sehingga mengakibatkan tragedi berkenaan, menurut media tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...