5 maut dalam letupan bunga api di China

BEIJING, 10 Feb – Pihak berkuasa berkata bahawa lima orang terkorban di selatan China selepas satu letupan berlaku di salah sebuah tempat penyimpanan bunga api yang tidak disahkan.

Laporan yang dikeluarkan hari ini menyatakan bahawa pengendali penyimpanan bunga api di selatan Guangxi telah ditangkap atas tuduhan jenayah menyebabkan kemalangan melalui penggunaan bahan-bahan letupan berbahaya. Mereka yang terbunuh dalam kemalangan itu termasuk tiga kanak-kanak dan dua orang dewasa.

Pendakwa berkata pengendali yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Zhang, dikatakan cuai ketika menyimpan bahan bunga api itu di kedai runcitnya. – AP