ABIDJAN, 8 MAC – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban selepas bangunan runtuh di hab ekonomi Ivory Coast, Abidjan, menurut perkhidmatan kecemasan kelmarin, insiden kedua yang berlaku dalam minggu ini.
Anggota bomba berkata bahawa mereka telah menjumpai mangsa kejadian tersebut, yang membawa kepada peningkatan kepada lima nyawa yang terkorban, termasuk 13 lagi yang tercedera.
Operasi masih lagi diteruskan untuk kemungkinan menjumpai mangsa runtuhan tersebut, kata mereka menerusi laman Facebook.
Bangunan empat tingkat itu runtuh pada malam Ahad lalu sehingga kelmarin di bandar daerah Angre, yang mana telah mengalami harga hartanah yang tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Perdana Menteri Patrick Achi melawat tapak berkenaan, dan menurut laman Facebooknya, melahirkan rasa belas kasihan kepada mangsa, doa dan memberikan sokongannya.
“Siasatan telah dibuka. Undang-undang akan diguna pakai dalam meneliti kesemuanya,” katanya.
Pada 27 Februari lalu, bangunan yang sedang dalam pengubahsuaian telah runtuh di bahagian lain di Abidjan, yang menyebabkan tujuh korban kemalangan tersebut. – AFP