5 maut disambar petir

WARSAW, 23 OGOS – Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk dua orang kanak-kanak, maut dan lebih daripada 20 yang lain cedera semasa satu ribut petir melanda di pergunungan Tatra, Poland dan Slovakia, menurut para penyelamat.

Kebanyakan mangsa adalah pada sebelah Poland, di mana petir menyambar logam di atas Gunung Giewont serta rantaian logam besi berdekatan puncak, menurut media setempat. Seorang maut di Slovakia.

“Terdapat beberapa kematian di bahagian berbeza di pergunungan Tatra,” kata ketua perkhidmatan penyelamat gunung Poland, Jan Krzysztof.

Dia menambah tiga individu yang cedera, kesemuanya telah diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital-hospital, kini dalam penjagaan rapi.

Menurut agensi berita Poland, PAP, petir menyambar satu rantaian logam besi yang bersambung dengan bahagian terakhir Gunung Giewont bagi membantu para pendaki sampai ke puncak. Siaran berita komersial Poland, TVN24, melaporkan bahawa petir juga menyambar satu logam besi besar di puncar berdekatan bandar peranginan gunung, Zakopane, ketika ramai para pendaki berada di sana.

Para pendaki membuat pendakian ke puncak gunung tertinggi Poland kerana keadaan langit yang cerah pada awal hari. – AFP

Anggota penyelamat menggunakan helikopter dan ambulan bagi membantu mangsa-mangsa yang disambar petir di Gunung Tatra ke hospital terdekat bagi menerima rawatan. – AP