Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 maut, Filipina sambung perang dadah

    MANILA, 11 Jan – Lima suspek narkotik dibunuh di Filipina, menurut polis hari ini, ketika pihak berkuasa menyambung semula perang dadah yang mencetuskan kritikan bahawa Presiden Rodrigo Duterte mungkin menyelia satu jenayah kemanusiaan.

    Polis membunuh hampir 4,000 suspek dalam 17 bulan pertama pentadbiran Duterte, ketika beliau berikrar mengotakan janji dalam kempen pilihan rayanya untuk menghapuskan dadah daripada masyarakat Filipina.

    Pembunuhan terbaru polis berlaku hari ini di wilayah Bulacan, dalam satu kempen tindakan keras di mana mereka mengatakan lima suspek ‘dineutralkan’ – satu terma yang menurut kumpulan hak sebagai eufemisme bagi pembunuhan.

    Seramai 95 lagi yang lain diberkas dalam beberapa operasi, menurut laporan polis wilayah. Lima kematian di Bulacan menyamai jumlah pembunuhan berkaitan dadah dalam lima minggu sebelumnya, menurut data rasmi.

    Tindakan keras itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi di Filipina dan juga luar negara. Kumpulan hak asasi mendakwa polis korup membunuh orang-orang tidak berupaya mempertahankan diri, memalsukan bukti, membayar pembunuh upahan untuk membunuh penagih dadah dan mencuri daripada mereka yang dibunuh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda