5 maut letupan trak di Afghan

KANDAHAR, 4 MEI – Lima anggota angkatan keselamatan Afghan terbunuh dalam satu pengeboman menyasarkan pangkalan mereka, kata pegawai hari ini, beberapa hari selepas tentera AS memberi amaran agar Taliban tidak melakukan keganasan.

Pengeboman trak lewat kelmarin meragut nyawa pemberontak diakui dilakukan oleh Taliban, merupakan yang pertama seumpamanya semenjak mereka menandatangani satu perjanjian dengan AS dalam Februari yang bertujuan membawa kedamaian ke negara itu.

Kumpulan Taliban itu menyasarkan pangkalan bersama digunakan oleh tentera Afghan dan agensi perisikan negara di selatan wilayah Helmand.

Lima anggota pasukan keselamatan terbunuh dan tujuh cedera, kata Omar Zwak, jurucakap bagi gabenor Helmand memberitahu AFP.

Angka kematian itu juga disahkan oleh tentera. – AFP