Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    5 mayat ditemui dalam kereta api

    BANDAR MEXICO, 19 MEI – Mayat lima pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai mati akibat dehidrasi dan strok haba ditemui di dalam gerabak kereta api di utara Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS).

    Menurut Institut Kebangsaan Migran (INM), mangsa adalah tiga warga Honduras, seorang warga Mexico dan satu lagi yang tidak dapat dikenal pasti.

    Pihak berkuasa daerah Coahuila berkata mangsa dipercayai menaiki kereta api yang tiba dari AS dan menuju ke pusat bandar Mexico.

    Anggota keselamatan kereta api menjumpai mayat itu selepas melihat kaki terjulur keluar dari gerabak kereta api yang sedang bergerak berhampiran bandar Piedras Negras. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...