Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 mayat, kawasan latihan pengganas ditemui

    YANGON, 16 Mei – Lima mayat ditemui oleh pasukan keselamatan di perbandaran Buthedaung di negeri Rakhine barat Myanmar yang dipercayai berkaitan dengan insiden letupan bom pada 5 Mei lalu, Pejabat Kaunselor Negara itu berkata hari ini.

    Antara lima mayat telah ditemui berhampiran tapak letupan di kampung Thaenhi sejak tiga hari yang lalu, dua telah dikenal pasti sebagai warga asing dan tiga rakyat tempatan, menurut pejabat jawatankuasa maklumat.

    Selain daripada penemuan mayat tersebut, pasukan keselamatan juga menemui bahan-bahan yang biasa digunakan dalam membuat peranti letupan dan dua lot tanah yang telah dibersihkan yang berkemungkinan akan digunakan untuk membina pondok.

    Pihak berkuasa mempercayai bahawa kawasan itu mungkin telah digunakan untuk latihan pengganas.

    Letupan berlaku di pinggir hutan berhampiran kampung Thaenhi pada 5 Mei, menyebabkan pasukan keselamatan telah meningkatkan kawalan terhadap kawasan di mana berlakunya insiden tersebut.

    Ketegangan telah berlaku di barat, terutamanya selepas serangan keganasan pada 9 Oktober lalu oleh sekumpulan lelaki bersenjata di tiga kawasan sempadan di Maungtaw yang mencetuskan pembentukan sebuah suruhanjaya siasatan yang diketuai oleh Naib Presiden Pertama U Myint Swe, untuk menyiasat latar belakang kejadian.

    Serangan lelaki bersenjata di tiga kawasan sempadan, iaitu Kyikanpyi di Maungtaw, Kotankauk di Buthedaung dan Pejabat Ngakhuya, membunuh lima anggota tentera dan lapan anggota polis. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda