MOSCOW, 2 OKT – Pengawal sempadan Rusia melepaskan tembakan ke arah sebuah bot Korea Utara di perairan Pasifik Moscow hari ini, mencede-rakan lima orang nelayan, kata perkhidmatan keselamatan Rusia.
Kekecewaan Rusia telah meningkat dalam beberapa bulan ini berhubung ribuan bot Korea Utara yang menangkap sotong secara haram di pantai timur jauhnya. Dalam satu kejadian, seorang warga Korea Utara maut dan beberapa pengawal pantai Rusia cedera dalam kejadian tembak-menembak pada bulan lalu apabila kru salah sebuah bot melawan apabila ditahan.
“Lima penceroboh cedera, mereka sedang menerima rawatan perubatan,” kata perkhidmatan keselamatan negara FSB, yang bertanggungjawab terhadap pengawal sempadan, di laman webnya.
“Akibat gagal mematuhi permintaan pengawal sempadan, tembakan digunakan untuk menghalang salah sebuah kapal berkenaan.” – AFP


































