Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 pakej hebat melancong ke Perak

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Pelancongan Perak merasmikan lima pakej hebat sempena Melancong Perak 2017 pada sesi taklimat produk Melancong Perak 2017 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Berakas, hari ini.

    Pakej yang ditawarkan berkenaan memberi peluang baik kepada penduduk di negara ini melancong ke negeri tersebut dengan mengunjungi tempat-tempat menarik di seluruh bandar Perak.

    Perasmian pakej tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman.

    Terdahulu, Ahli Majlis Perbandaran Negeri Perak bagi Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk ‘Nolee Ashilin binti Datuk Mohd Radzi telah menyampaikan taklimat terperinci mengenai produk pelancongan yang ditawarkan Perak untuk memukau penduduk tempatan dan antarabangsa.

    “Perak mempunyai segala-galanya daripada budaya, seni dan platform kreatif, taman alam dan lembah, pantai dan taman tema, laluan melampau dan pengembaraan dan pelbagai penginapan untuk memenuhi keperluan anda,” katanya.

    Datuk Ghulam Jelani semasa merasmikan pakej pelancongan Perak di sebuah hotel di Berakas.
    Antara tetamu yang hadir pada sesi taklimat itu.

    Menurutnya lagi, sejak tiga tahun yang lalu, Malaysia telah menjadi salah satu destinasi teratas yang dipilih oleh orang Brunei terutama semasa pameran pelancongan dan pesta pengguna.

    Beliau berkata, berdasarkan kepada kaji selidik bahagian pengunjung yang dijalankan oleh Pelancongan Malaysia pada 2015, 91 peratus rakyat Brunei datang melawat Malaysia untuk membeli-belah.

    Pada sesi taklimat itu, beliau juga menyentuh mengenai beberapa tempat menarik untuk dikunjungi seperti Orang Utan Island Royal Belum, Pulau Pangkor, Lembah Lenggong, Banjaran dan Sungai Klah Hotsprings Retreat, Rizab Hutan Bakau Matang, Gua Tempurung dan juga Kuala Kangsar.

    Antara tempat pelancongan popular di Perak yang diketengahkan pada sesi taklimat itu termasuk The Lost World of Tambun dan Movie Animation Park Studios (MAPS) yang baru dibuka, taman tema animasi pertama di Asia yang terletak di Meru Raya, Ipoh.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Tourism Malaysia Brunei, Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib, Pengerusi Lembaga Pengarah Pelancongan Perak, Datuk Mohammad Kamil bin Shafie, wakil Pelancongan Perak, wakil ejen-ejen pelancongan setempat, blogger tempatan dan jemputan lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda