AMERIKA SYARIKAT, 13 MEI – Mystic Aquarium di Connecticut sedang bersiap sedia untuk menerima kedatangan lima ikan ekor paus Beluga dari zoo binatang dan taman hiburan di Kanada setelah melalui proses kelulusan di kedua-dua belah sempadan AS dan mengatasi cabaran undang-undang dari kumpulan persekitaran.
Pegawai kerajaan dari Perikanan dan Laut Kanada baru-baru ini meluluskan eksport ikan paus dari Marineland di Air Terjun Niagara, Ontario ke Mystic, yang khusus dalam penyelidikan Beluga. Ini berikutan persetujuan AS untuk langkah itu pada September lalu.
Pakar dari kedua-dua kemudahan itu berada di Air Terjun Niagara Rabu lalu memeriksa empat ekor paus betina dan seekor paus jantan Beluga dan bersedia menerbangkan hidupan marin itu ke Connecticut seawal hujung minggu ini, menurut Stephen Coan, presiden dan ketua eksekutif akuarium Connecticut.
Paus berkenaan dijangka memerlukan beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu mereka di dalam tangki yang dipisahkan pintu daripada tiga ekor Beluga, Kela, Juno dan Natasha sebelum disatukan semula ke dalam habitat akuarium 750,000 galon air.
Coan mengatakan ikan paus tersebut berusia antara 7 hingga 12 tahun, dilahirkan dalam kurungan dan tidak dapat dilepaskan ke laut. Beliau mengatakan ia akan meninggalkan habitat yang padat dengan sekitar 50 paus lain dan akan menjadi pusat penyelidikan penting yang dirancang untuk memberi manfaat kepada paus Beluga itu di alam liar.
“Kami mempunyai perawatan veterinar dan kemudahan canggih,” katanya. “Ini adalah habitat Beluga terbesar di Amerika Utara. Ia jauh lebih baik di sini.” Friends of Animals yang berpangkalan di Connecticut dan aktivis lain berusaha untuk menyekat pemindahan haiwan tersebut melalui tuntutan mahkamah pada tahun lalu terhadap setiausaha Perdagangan AS dan Perkhidmatan Perikanan Laut Kebangsaan, yang telah meluluskan penyelidikan. Seorang hakim persekutuan pada bulan Mac menolak tuntutan itu.
Kumpulan itu mendakwa permit dibenarkan AS itu melanggar Akta Perlindungan Mamalia Laut dan Akta Dasar Alam Sekitar Kebangsaan kerana pegawai kerajaan mendedahkan bahaya pemindahan haiwan marin itu ke Mystic. – AP
