Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 pelajar UTB berlepas ke Florida

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Lima pelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah berlepas ke Florida, Amerika Syarikat, hari ini bagi memulakan program latihan dengan Piper Aircraft Inc. di bawah UTB Experience PLUS.

    Pelajar-pelajar tersebut ialah Dayang Lina ‘Diyana @ Lina binti Maidin; Awang Muhammad Amirul Fahmin bin Abdullah; Soon Wei Fong; Awangku Muhammad Hafiz bin Pengiran Abdul Karim dan Dayang Nur Mazira Nasirah binti Najirahmat yang kesemuanya merupakan pelajar Tahun 3 dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekatronik.

    Mereka merupakan kumpulan keempat yang akan menjalani program latihan tersebut sejak penandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara UTB dan Piper Aircraft Inc. pada 4 September 2013.

    Di bawah MoU tersebut, pelajar-pelajar yang terpilih dari UTB akan menjalani latihan dengan Piper, di mana mereka akan diberikan pendedahan perindustrian dan pengalaman praktikal sebagai sebahagian daripada pengajian ijazah di bawah penyeliaan jurutera-jurutera kanan Piper Aircraft Inc. yang berpengalaman luas dalam kejuruteraan penerbangan.

    Dalam fasa pertama latihan, para pelajar akan didedahkan kepada kaedah pengilangan dan teknik yang digunakan dalam pengeluaran pesawat udara penerbangan am dan juga kawalan proses pentadbiran yang dibentuk untuk membantu proses persekitaran pengilangan.

    Gambar ramai pelajar UTB yang berlepas ke Florida bersama warga UTB dan keluarga mereka.
    Gambar ramai pelajar UTB yang berlepas ke Florida bersama warga UTB dan keluarga mereka.

    Dalam fasa kedua pula, para pelajar akan dimasukkan ke dalam kumpulan kejuruteraan fungsi dalam divisyen kejuruteraan Piper.

    Para pelajar akan mengetahui standard industri dan bidang rekaan dan mendraf perkakasan aeroangkasa dengan spesifikasi proses rekaan dan penghasilan rangka tindakan/lukisan.

    Dalam fasa terakhir, para pelajar akan bersedia untuk menghasilkan rekaan pesawat udara penerbangan am dengan menggunakan kaedah mendraf dan CAD.

    Program UTB Experience PLUS diadakan bertujuan bagi menyediakan platform untuk meluaskan pengalaman para pelajar melewati akademia.

    Ia di struktur menjadi program ijazah universiti bagi tempoh empat tahun dan memberikan peluang kepada semua pelajar universiti untuk turut serta dalam penempatan kerja dalam institusi tempatan dan luar negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda