Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    5 pelanggan bertuah terima hadiah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Lima orang pelanggan Bank Baiduri telah diumumkan sebagai pemenang cabutan bulanan ke-5 untuk kempen A Saving Habit That Rewards dan menerima hadiah pada majlis penyampaian hadiah di Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah ialah Ketua Pengurusan Harta, Bahagian Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Brian Wong.

    Para pemenang iaitu Chandrasen S/ Go-bing Punjabi, Lim Sian Kuan, Tan Wee Wee, Tan Chee Boon dan Kwang Pei Yun, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $1,000.

    Pada majlis itu, Brian Wong menyatakan tahniah kepada pemenang-pemenang bulanan berkenaan dan menerangkan bahawa kempen simpanan itu direka untuk menanamkan budaya menyimpan dengan menyokong serta memberikan ganjaran kepada pelanggan-pelanggan mereka.

    Beliau menjelaskan bahawa lebih banyak mereka menyimpan, lebih banyak peluang mereka peroleh bagi cabutan bertuah bulanan berkenaan serta peluang untuk memenangi hadiah utama.

    Brian Wong bergambar ramai bersama lima pemenang bertuah bagi cabutan bulanan kelima kempen Bank Baiduri pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin. – Gambar serahan Bank Baiduri

    “Kami menggalakkan setiap orang untuk merebut peluang ini untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka dengan Bank Baiduri,” tambahnya.

    Bermula awal April hingga penghujung bulan ini, kesemua pemenang akaun simpanan sedia ada dan baharu Bank Baiduri serta Baiduri Finance akan berpeluang untuk memenangi hadiah dalam cabutan bulanan dan utama bagi setiap peningkatan $500 dalam jumlah purata baki harian keseluruhan dari bulan asas Mac 2023.

    Setiap bulan, lima pelanggan akan dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai $1,000 setiap seorang. Cabutan utama akan diadakan di hujung tempoh promosi di mana tiga pemenang masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah $50,000, $20,000 dan $10,000.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...