5 pelanggan Boustead terima ganjaran

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Lima orang pemenang bertuah bagi Pusingan Pertama Promosi Hujung Tahun Suzuki, Live More, Worry Less, menerima hadiah mereka dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Gadong, hari ini.

Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal automobil Suzuki di Negara Brunei Darussalam, menyatakan bahawa promosi itu merangkumi dua pusingan di mana pusingan pertama bermula pada pertengahan November hingga pertengahan Disember lalu.

Setiap pelanggan yang telah membuat pembelian mana-mana kenderaan Suzuki dalam tempoh tarikh berkenaan secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah di mana lebih 100 penyertaan telah dicatatkan dalam tempoh sebulan dengan lima orang pemenang bertuah telah dipilih secara rawak.

Dalam pusingan pertama promosi berkenaan, Awang Salihuddin bin Noordin telah memenangi hadiah utama berupa baucar wang tunai $5,000, tempat kedua yang membawa pulang baucar wang tunai $2,000 dimenangi oleh Awang Ajmain bin Haji Osman manakala hadiah ketiga iaitu baucar wang tunai $1,000 dimenangi oleh Haji Mohd Wahid bin Haji Mundus.

Hadiah keempat dan kelima iaitu baucar wang tunai $500 masing-masing dimenangi oleh Awang Hamri bin Morsidi dan Awang Rozaimi bin Haji Ja’afar.

Wang Kai Choon bergambar ramai dengan lima pemenang bertuah bagi Pusingan Pertama Promosi Hujung Tahun Suzuki, Live More, Worry Less, di Dewan Pameran Suzuki, Gadong, kelmarin.

Penyampaian hadiah para pemenang di majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Jualan, Wang Kai Choon.

Promosi berkenaan diinspirasikan berdasarkan kepada keadaan semasa di mana COVID-19 telah menyebabkan beberapa kesukaran kepada orang ramai tanpa mengira jika mereka berkhidmat di bawah sektor kerajaan atau sektor swasta.

Dengan perubahan yang besar dalam gaya hidup dan infrastruktur disebabkan oleh pandemik berkenaan, Suzuki Brunei tidak kehilangan harapan dalam menyediakan sokongan kepada pelanggan-pelanggannya dengan menawarkan kepada mereka live more dengan memenangi hadiah utama berupa baucar wang tunai $5,000 dan worry less dengan mengetahui bahawa bayaran ansuran pertama mereka hanya akan bermula selepas tahun baharu nanti.

Cabutan telah diadakan pada 24 Disember lalu di Pejabat Boustead Sdn Bhd di mana ia telah dibuat oleh pengurusan BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Mohd Said bin Haji Zania dan Baiduri Finance Sdn Bhd, Grace Lim Hui Hoon dan Haji Mohd Ali bin BM Haji Metussin.

Lima pemenang telah dipilih dan diumumkan menerusi penstriman langsung Facebook dan Instagram Suzuki Brunei.

Pusingan kedua promosi telah bermula pada pertengahan Disember lalu dan akan berakhir pada pertengahan Januari dengan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah serupa.