Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    5 pemberontak, askar terbunuh di Pakistan

    PESHAWAR, 5 DIS – Pasukan keselamatan telah menyerbu sebuah tempat persembunyian pemberontak di bekas kubu kuat Taliban berhampiran sempadan dengan Afghanistan, mencetuskan kejadian tembak-menembak yang meragut nyawa lima orang pemberontak dan seorang askar, kata tentera hari ini.

    Kejadian berbalas tembakan berlaku di Waziristan Utara, sebuah daerah di barat daya wilayah Khyber Pakhtunkhwa, menurut kenyataan tentera.

    Ia tidak menjelaskan sama ada pertempuran berlaku atau memberikan butiran lanjut mengenai jumlah pemberontak yang terbunuh.

    Satu mesej dihantar kepada jurucakap tentera tidak dibalas. Taliban Pakistan, juga dikenali sebagai Tehrik-e-Taliban Pakistan mengatakan pejuang mereka membunuh seorang askar semasa serbuan oleh tentera di tempat persembunyian mereka.

    Dalam kenyataan dikeluarkannya hari ini, kumpulan itu mengatakan, ia mematahkan serbuan tentera itu namun tidak menyatakan sama ada ahli mereka terbunuh.

    Taliban Pakistan merupakan kumpulan berasingan namun bersekutu dengan Taliban Afghan yang merampas kuasa di Afghanistan setahun lalu. Pengambilalihan Taliban di Afghanistan telah membuatkan Taliban Pakistan semakin berani. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...