5 pemenang bertuah bawa pulang hadiah menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Syarikat The Good Mood telah mengadakan majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah Happy Go Lucky Draw di Ibu Pejabat Aiking Trading Sdn Bhd, pengedar tunggal Good Mood.

Seramai lima orang pemenang menerima hadiah masing-masing semasa acara tersebut.
Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah tersebut ialah Pengurus Besar Aiking Trading Sdn Bhd, Yeo Boon Khai.

Tempat pertama dimenangi oleh Dayang Nur Nazirah Norni yang berjaya membawa pulang Apple iPhone 12. Hadiah kedua yang memenangi Apple Watch Series 6 diraih oleh Awang Abdul Hafiz Zulkarnain.

Dayang Fatman binti Haji Suhaili berjaya membawa pulang hadiah pengering rambut Dyson Supersonic, berada di tempat ketiga. Sementara itu, di tempat keempat dimenangi oleh Awang Muhammad Wafiuddin bin Tahir dan tempat kelima dimenangi oleh Dayang Nurul Hafedah binti Junaidi. Masing-masing telah memenangi hadiah Nintendo Switch dan Smeg Breakfast Pack.

Acara cabutan bertuah tersebut bermula pada 15 April hingga 15 Julai lalu, bersempena dengan menyambut Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Pelanggan yang layak menyertai cabutan bertuah tersebutadalah terdiri daripada pelanggan yang membeli satu karton minuman bandung jenama Good Mood Rose yang terdapat pelekat dan mengisi borang di laman sesawang Good Mood. Seramai lima pemenang dipilih secara rambang semasa undian dibuat secara langsung dan disiarkan menerusi instagram Good Mood.

Yeo Boon Khai dan para pemenang bertuah bergambar ramai semasa acara tersebut.- Gambar serahan Aiking Trading Sdn Bhd