Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    5 penjawat awam ditahan SPRM

    SEMPORNA, 12 JAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lelaki termasuk lima penjawat awam kerana disyaki meminta rasuah dalam kes penyeludupan minyak masak bersubsidi, di sini, malam tadi. 

    Menurut sumber, lima penjawat awam itu dan seorang lagi lelaki yang disyaki bertindak sebagai orang tengah, dipercayai meminta rasuah RM20,000 daripada seorang individu bagi tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang menyimpan minyak masak bersubsidi untuk diseludupkan ke luar negara.

    “Anak individu berkenaan disyaki melakukan kesalahan menyimpan kira-kira 100 kotak minyak masak subsidi dipercayai untuk diseludupkan ke luar negara, suspek berusia 29 hingga 50 tahun itu ditahan selepas menerima sebahagian daripada wang rasuah kira-kira RM5,000 daripada individu berkenaan,” katanya. Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan tersebut. 

    Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau hari ini untuk proses permohonan reman bagi tujuan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...