5 pesakit COVID-19 maut hospital terbakar

NEW DELHI, 27 NOV – Sekurang-kurangnya lima pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Gujarat, barat India pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Kebakaran berlaku di unit rawatan rapi (ICU) hospital Shivanand di daerah Rajkot, kira-kira 237 kilometer barat Gandhinagar, ibu kota Gujarat.

“Pagi ini berlaku kebakaran di ICU di sebuah hospital COVID-19 lima pesakit terbunuh manakala enam lagi pesakit berjaya diselamatkan, seorang dilaporkan kritikal,” kata pegawai. Menurut pegawai itu 22 pesakit dipindahkan ke hospital lain. – Bernama