Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    5 pesakit dalam kategori 5, 4

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Sebanyak 546 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 538 kes hasil ujian ART dan lapan kes adalah hasil dari 280 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 155,274.

    Daripada papan penyata statistik COVID dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini mempamerkan dua kes dalam kategori 5 dan tiga kes dalam kategori 4. Manakala seramai 379 orang telah disahkan sembuh, membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 151,603 kes dan kes aktif pula meningkat 3,446.

    Bagi vaksinasi dos pertama kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 84.3 peratus telah mendapatkannya, manakala 69.6 peratus bagi dos kedua. Liputan keseluruhan bagi tiga dos vaksin meningkat kepada 72 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...