MANILA, 21 FEB – Lima suspek ‘satu cubaan merompak’ maut di selatan Filipina pada hujung minggu, kata tentera.
Komando Pemerintahan Barat, Leftenan Jeneral Alfredo Rosario mengatakan angkatan bersenjata membunuh suspek semasa pertempuran lima minit bersama mereka di pos kawalan pada malam Sabtu di Ampatuan, sebuah bandar di wilayah Maguindanao.
Menurutnya, askar dan unit anggota separa tentera mengadakan sekatan selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai rompakan di sebuah kedai serbaneka oleh lelaki-lelaki bersenjata.
Rosario mengatakan pertempuran meletus apabila unit separa tentera ‘bertembung dengan sejumlah lelaki bersenjata menaiki sebuah van mini.
Dua lagi suspek berjaya melarikan diri dan kini diburu oleh pasukan keselamatan, tambahnya, menambah bahawa mereka juga menemui dua laras pistol dan peluru dalam van tersebut. – Xinhua