Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Lima buah syarikat di Daerah Tutong telah dikenakan denda kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 Bab 12 (1) (a), kelmarin.
Syarikat-syarikat tersebut ialah Liza Collections Enterprise, Seri Asli Sdn Bhd, SDT Mini Mart, Hafsi Trading Company dan Syarikat Osman B Hj Momin. Masing-masing telah dikenakan denda kompaun $200 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam masa tujuh hari.
Jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat-syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000 dan tidak melebihi $30,000 dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.