Oleh Daniel Lim
BELAIT, 6 DIS – Untuk menyerlahkan lagi hiasan menarik yang disediakan oleh syarikat jualan di seluruh negara, Syarikat Seri Ladang hari ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam Pertandingan 2022 OWL Product Display Prize Presentation and Most Saleable Outlets.
Hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar Syarikat Seri Ladang, Hang Woo Wong yang ditemani oleh pengurus mereka, Angie Lie dan kakitangan.
Semasa majlis berkenaan, wakil daripada Syarikat Seri Ladang telah menyampaikan hadiah kepada Syarikat Soon Lee Megamart cawangan Pandan 7; selaku pemenang pertama pertandingan yang diterima oleh pengarah mereka, K H Ang, dengan Pasaraya Orbit cawangan Kampung Salambigar telah menduduki di tempat kedua, manakala Pasaraya TM Majeed dan Jaya Hypermarket Sdn Bhd cawangan Gadong kedua-duanya menduduki tempat ketiga, dan diikuti Pasar Raya Milimewah cawangan Pekan Belait menduduki tempat keempat.
Dalam pada itu, sebanyak 35 cawangan syarikat telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan dari 26 Oktober hingga 30 November lalu.Pertandingan itu juga memberi peluang kepada syarikat yang mengambil bahagian untuk mempamerkan pelbagai jenama menarik OWL termasuk Coffee King, teh tarik dan banyak lagi.