Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    5 terkorban dalam letupan lombong arang batu

    ISLAMABAD, 6 FEB – Letupan lombong arang batu di wilayah Balochistan barat daya Pakistan mengorbankan sekurang-kurangnya lima pekerja dan mencederakan lima yang lain, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) Balochistan pada Sabtu.

    Tragedi berlaku akibat pengumpulan gas metana di lombong arang batu yang terletak di pinggir Quetta, ibu kota wilayah Balochistan, kata PDMA seperti dilaporkan Xinhua.

    Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran, dan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal.

    Pihak berkuasa bertindak menutup lombong itu, dan melancarkan siasatan mengenai kejadian terbabit. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...