Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    50 asnaf terima wang zakat

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 APRIL – Sebagai sebahagian daripada usaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) untuk mengurangkan beban golongan asnaf fakir dan miskin di seluruh negara, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, satu majlis tadarus Al-Quran dan penyerahan wang zakat telah diadakan di Masjid Kampung Sungai Liang, Daerah Belait, hari ini.

    Seramai 50 penerima asnaf fakir dan miskin telah menerima wang zakat berjumlah $27,040, yang merupakan sebahagian daripada $18,894,594 yang dikumpul dalam Dana Zakat yang diagihkan kepada 15,436 penerima di seluruh negara.

    Hadir pada majlis selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Liang dan Pemangku Penghulu Mukim Kuala Belait, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed; Pemangku Ketua Pegawai Ugama di Daerah Belait, Awang Nur Suffian bin Haji Yahya serta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin tetamu kehormat, diikuti tadabbur Al-Quran diketuai Pegawai Pembangunan Ugama di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Fansuri Sharimi @Mansur bin Mohamad Ali.

    Acara diteruskan dengan tadarus Al-Quran oleh kontinjen dari Kementerian Hal Ehwal Ugama sebelum solat fardu Asar, diikuti dengan penyampaian wang zakat kepada penerima oleh setiausaha tetap.

    Dengan kejayaan penganjuran acara di Daerah Belait, majlis seumpama itu dirancang diadakan seterusnya pada 13 April di Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong.

    Haji Mohammad Rosli menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima pada majlis tadarus Al-Quran yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Liang, Daerah Belait kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...