50 belia sertai Perlawanan Basikal Fixie

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Perlawanan Basikal Fixie yang dianjurkan dengan kerjasama di antara Begawan Fixed Gear dan Big BWN bertempat di ruang lapang Kontena Park, Berakas, bagi mengisi waktu cuti persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat telah menarik minat seramai 50 orang belia untuk turut serta dalam perlawanan itu.

Perlawanan yang dibukakan kepada lima kategori mempertandingkan Kategori Fixie Freestyle, Kategori Fixie Hi Spec, Kategori Fixie Simple Spec, Kategori Trackstand Challenge dan Kategori Bunnyhop Challenge.

Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Roslinda binti Haji Mawang, Hassanal Arif, Farid Harrez, Abdul Wathiq dan Faiz Daniel.

Kategori Fixie Freestyle dimenangi oleh Mohammad Aiman dari Brunei Crankaframa, tempat kedua, Haziq Fikri (Navigate FG) dan tempat ketiga, Deedy AS (BCR).

Seterusnya, Kategori Fixie Hi Spec, tempat pertama Akmi (Krahang), tempat kedua, Wpy Mohammad (Begawan FG) dan tempat ketiga Ihsan (Begawan FG).

Manakala, Kategori Fixie Simple Spec dimenangi oleh Wafiy (Navigate FG), tempat kedua, Azman (Navigate FG) dan tempat ketiga Indra (BCR).

Bagi Kategori Trackstand Challenge diungguli oleh Mohammad Aiman (BCF) dan Kategori Bunnyhop Challenge dirangkul oleh Zainul AIman (BCR).

Acara ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat belia yang kreatif dalam sukan basikal Fixie di samping mendidik para belia untuk menunggang basikal dengan lebih berdisiplin.

Dayang Roslinda ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.