50 Cent dikecam tak hormat kematian Michael K Williams

Penyanyi rap 50 Cent teruk dikecam warganet apabila dianggap tidak menghormati kematian aktor Michael K Williams, malah mengambil kesempatan mempromosikan drama bersiri Power Book III Raising Kanan.

50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III berkongsi foto Michael di Instagram miliknya baru-baru ini.

“Biar betul kamu tak tonton Raising Kanan. Kamu perlu tengok.

“Lihat ini fentanyl (ubat selepas pembedahan) itu bukan main-main, ia membunuh. RIP Micheal K Williams,” tulisnya.

Selepas menerima kecaman warganet dia sempat menukar kapsyen pada hantaran tersebut sebelum memadamnya.

Rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh 50 Cent yang dianggap tidak sensitif.

“50 Cent sampah. Dia jahat dan menjijikkan. Hantarannya tentang Michael K Williams sangat tak sensitif,” tulis warganet.

Michael K Williams ditemukan meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Brooklyn, Amerika Serikat pada Isnin.

Punca kematiannya masih belum dikenalpasti namun disyaki disebabkan mengambil barang terlarang berlebihan. – Agensi

Warganet berang dengan hantaran dibuat 50 Cent kerana dianggap tidak menghormati kematian aktor Michael K Williams. – Agensi