Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    50 keluarga terima bantuan Ramadan Relief KamiPrihatin

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Persatuan KamiPrihatin, baru-baru ini, telah menjalankan projek Ramadan Relief yang merupakan projek tahunan persatuan tersebut dalam bulan Ramadan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KamiPrihatin, projek yang diadakan buat kali kelima itu berobjektif untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

    Kali ini, bantuan yang dihulurkan adalah berupa baucar bernilai $100 dan bahan-bahan asasi seperti kit ujian pantas antigen (ART), beras, tepung, minyak masak dan lain-lain.

    Bantuan berkenaan telah dan sedang diagihkan kepada 50 buah keluarga terpilih yang di keempat-empat daerah.

    Pelaksanaan projek berkenaan adalah hasil sumbangan wang tunai daripada orang ramai dan kerjasama sukarelawan dari Kelab Kawan, Politeknik Brunei yang diketuai oleh presiden kelab tersebut, Dayang Nur Hafiqah binti Baharudin.

    Turut menjayakan projek berkenaan adalah penaja-penaja dari syarikat swasta iaitu Raimmar Sdn Bhd dan Industri Roti Fayze Jaya.

    Dalam kenyataan itu, KamiPrihatin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli persatuan, sukarelawan Kelab Kawan, para penaja dan orang ramai yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan projek pada tahun ini.

    Gambar ramai ahli-ahli Persatuan KamiPrihatin dan sukarelawan dari Kelab Kawan, Politeknik Brunei yang terlibat dalam projek berkenaan. – Gambar serahan KamiPrihatin
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...