Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    50 pelatih PKBN beramal di PKWE Tutong

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 20 JAN – Rombongan lebih kurang 50 orang pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah mengadakan kempen kebersihan di Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Kedatangan rombongan dialu-alukan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus PKWE Tutong, Haji Hamaffi bin Md Yassin.

    Sebelum kempen tersebut, rombongan terlebih dahulu mengadakan bacaan tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh salah seorang pelatih PKBN di Dewan Serbaguna PKWE.

    Acara tersebut merupakan salah sebuah kegiatan yang dirancang oleh PKBN di daerah tersebut.

    Para pelatih PKBN semasa terlibat dalam kempen kebersihan tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...