Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    50 penerbangan British Airways dibatalkan akibat masalah IT

    LONDON, 26 MEI – British Airways (BA) hari ini mengemukakan permohonan maaf berikutan pembatalan penerbangan ke Eropah dan domestik ekoran masalah teknologi maklumat (IT),  lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.

    Selain itu, terdapat lebih 20 penerbangan yang dijadual mendarat di Heathrow turut dibatalkan atau ditangguhkan. 

    “Kami menyedari isu teknikal yang telah timbul dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. 

    “Disebabkan jumlah panggilan yang tinggi, sila hubungi kami jika awda akan melakukan perjalanan dalam masa 48 jam akan datang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BA.

    Kelewatan dan pembatalan dijangka berterusan sehingga Sabtu. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 9 September 2019 menunjukkan Terminal 5 di Lapangan Terbang Heathrow di London, yang mengendalikan penerbangan British Airways, hampir kosong daripada penumpang setelah kakitangan bersiap sedia untuk membantu semasa mogok juruterbang British Airways. Berpuluh-puluh penerbangan British Airways terpaksa dibatalkan kelmarin disebabkan masalah komputer. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -