Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 pengganas Boko Haram terbunuh di Niger

    KIGALI, RWANDA, 17 MAC – Sekurang-kurangnya 50 pengganas Boko Haram terbunuh dalam serangan di sebuah kem tentera di tenggara Niger, lapor media tempatan memetik kenyataan Kementerian Pertahanan hari ini.

    Media tempatan melaporkan anggota pengganas Boko Haram lengkap bersenjata bersama 20 kenderaan menyerang kem tentera di Toummour di rantau Diff pada Ahad.

    “Seramai 50 pengganas Boko Haram terbunuh sementara seorang askar cedera, selepas pasukan tentera melancarkan serangan balas.”

    Agensi Anadolu melaporkan tentera Niger turut menangkap beberapa suspek dan merampas senjata serta dua kenderaan.

    Diffa diletakkan di bawah perintah darurat sejak lima tahun lalu, apabila Boko Haram melancarkan kempen ketenteraan pada Februari 2015.

    Kumpulan pengganas wujud di Niger bermula awal tahun 2000, menyebabkan lebih 20,000 orang terbunuh sejak 2009.

    Selain di Niger, kumpulan pemberontak itu turut aktif di Cameroon, dan Chad sejak 2015. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda