Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Lebih 50 peserta khatam dari Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Bunut dirai dalam majlis khatam Al-Quran kelas berkenaan kali ke-3 yang berlangsung di Masjid Kampung Bunut.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai ialah isteri timbalan menteri ugama, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar.
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan khatam oleh para peserta dan diikuti dengan bacaan takhtim dan Doa Khatam serta Dikir Marhaban.
Majlis turut diselajurkan dengan acara merenjis minyak wangi serta penyampaian sijil kepada para peserta khatam.
