Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    50 sertai kempen kebersihan pantai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Kira-kira 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat, Kempen Kebersihan Pantai di Pantai Jerudong, kelmarin.

    Dalam kempen UNISSA Outreach: Jerudong Beach Clean Up itu, anggota sukarelawan program telah berjaya mengumpul 25 plastik sampah dalam pelbagai kategori.

    Kempen yang dianjurkan oleh Unit Logistik dan Unit Kemasyarakatan Kumpulan Al-Qudwah di bawah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA itu bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan anggota sukarelawan untuk menjalankan tanggungjawab sosial dalam sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar di negara ini.

    Di samping itu, para peserta yang terlibat juga diharap akan menjadi belia yang lebih prihatin dan peka dengan keadaan alam sekitar yang terjejas akibat perilaku individu yang tidak bertanggungjawab.

    Program-program seumpama ini akan diteruskan lagi di masa akan datang untuk sama-sama mengekalkan kesejahteraan dan kebersihan negara daripada sebarang pencemaran dan kekotoran. Terdahulu sebelum kempen dimulakan, bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Al-Qudwah, Dayang Nurul Jarirah binti Johari.

    Acara diteruskan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua Unit Logistik Kumpulan Al-Qudwah, Awang Muhammad Amar Muzaffar bin Junaidi. Turut hadir semasa kempen ialah Timbalan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA, Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman yang juga merupakan penasihat bagi Kumpulan Al-Qudwah. 

    Dr Hajah Ummi Fa’izah bergambar ramai bersama anggota sukarelawan semasa kempen kebersihan pantai di Pantai Jerudong, baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...