Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

50 sertai Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 8 DIS – Kira-kira 50 orang ahli Jawatankuasa Takmir Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong telah mengungkayahkan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan bersempena dengan memperingati ulang tahun pembukaan rasmi masjid berkenaan yang ke-56 tahun.

Ia telah disertai oleh penyelia hal ehwal Muslimah dan ahli-ahli jawatankuasa takmir Muslimah, jemaah tadarus Muslimah dan jemaah Kelas Bimbingan Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Dengan adanya amalan mengkhatamkan Al-Quran itu dihasrat akan dapat menuntut jiwa semua ahli dalam sama-sama menyucikan hati dengan kalam Allah SWT dalam meniti usia yang hanya pinjaman sementara.

Ia juga diharap akan dapat meningkatkan amalan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam kehidupan seharian khususnya bagi ahli-ahli jawatankuasa takmir Muslimah masjid tersebut.

Di samping itu, acara tahunan tersebut diadakan bagi menggalakkan para peserta dan masyarakat amnya untuk bergiat aktif untuk memakmurkan masjid. Ia juga diharap mampu mewujudkan jalinan persaudaraan sesama Islam dalam kalangan peserta yang terlibat sekali gus sebagai salah satu amal jariah bagi mendoakan insan-insan yang sudah kembali ke rahmatullah.

Para peserta khatam Al-Quran bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Jawatankuasa Takmir Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong
Antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -