Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    50 sertai Majlis Zikir Ratib Al-Attas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Sebagai sebahagian daripada Program Brunei Darussalam Berselawat 1444H/2022M, Majlis Zikir Ratib Al-Attas telah diadakan secara dalam talian, kelmarin.

    Majlis telah disertai oleh 50 orang jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat Islam di negara ini.

    Turut serta ialah Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan, Hajah Noor Maslina bin Haji Sulaiman, dan jemaah dari negara jiran iaitu Malaysia.

    Majlis telah didahului dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Biro Keagamaan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT), Awang Mohammad Adi Hamdi bin Haji Aminuddin, sebelum diteruskan lagi dengan bacaan Ratib Al-Attas dan Doa Ratib.

    Sementara itu, mengemas kini jumlah selawat dalam aktiviti ‘Lakastah Berselawat’ yang disertai oleh ahli-ahli kumpulan WhatsApp Komuniti Berselawat Brunei, lebih 6.55 juta kali selawat telah dikumpulkan.

    Antara yang menyertai Majlis Zikir Ratib Al-Attas yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.- Gambar serahan KKBT

    Aktiviti berkenaan adalah salah satu usaha untuk melestarikan dan membudayakan bacaan selawat dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di negara ini.

    Program Brunei Darussalam Berselawat 1444H/2022M dianjurkan oleh KKBT, Pusat Belia Bandar Seri Begawan dan dikendalikan oleh Biro Keagamaan KKBT, dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

    Kemuncak aktiviti bagi program berkenaan adalah Majlis Selawat Perdana  yang akan diadakan esok di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang bermula pada pukul 6 petang.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut dan diingatkan untuk mematuhi pelaksanaan prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Selain bacaan dan lantunan zikir dan selawat-selawat lazim secara berjemaah, majlis juga akan diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Kami Rindu Ya Rasulullah..’ oleh penceramah bertauliah, Haji Mohammad Khairul Mu’az bin Haji Sibodaud.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...