Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 sertai seminar Keusahawanan Belia

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Sebagai sebahagian program outreach komunitinya, mahasiswa/mahasiswi Tahun 3 Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah menganjurkan seminar sehari dan bengkel mengenai Keusahawanan Belia, baru-baru ini.

    Hadir merasmikan seminar berkenaan yang berlangsung di Dewan Kuliah, UBD ialah Presiden MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim.

    Kira-kira 50 orang peserta dari institusi pengajian tinggi termasuk IBTE Sultan Saiful Rijal, IBTE Sekolah Perdagangan, Politeknik Brunei, Darussalam Enterprise (DARe) dan pelajar-pelajar UBD serta orang ramai yang berminat telah menghadiri acara berkenaan.

    Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran belia dalam mencari peluang-peluang pekerjaan sendiri di samping meningkatkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang keusahawanan.

    Gambar ramai para peserta seminar dan bengkel keusahawanan belia berkenaan.
    Gambar ramai para peserta seminar dan bengkel keusahawanan belia berkenaan.

    Ia diharap untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada belia untuk mengambil langkah pertama mereka dalam membangunkan idea-idea perniagaan sendiri.

    Seminar menampilkan beberapa orang usahawan muda yang berjaya dan yang berkongsi pendapat tentang membuka potensi perniagaan, memahami cabaran dan mengatasi kegagalan serta meneliti pengguna.

    Wakil dari LiveWIRE Brunei turut mengendalikan bengkel yang menekankan kepentingan keaslian dan inovasi dalam bidang keusahawanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda