Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    50 tamat program ToT, ToA SEAMEO VOCTECH

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Seramai 50 orang peserta dari pelbagai industri dan agensi kerajaan serta swasta telah berjaya menamatkan Program Pensijilan Training of Trainers (ToT) dan Training of Assessors (ToA) yang dikendalikan oleh Pusat SEAMEO VOCTECH dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup di Dewan Seri Kerna, pusat tersebut, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Sekretariat Majlis Perancangan dan Pengambilan Tenaga Kerja (MPEC), Jabatan Perdana Menteri, Dr Hajah Siti Haziah binti Pehin Orang Kaya Saiful Mulok DSP Haji Abidin yang menyempurnakan penyampaian sijil pengiktirafan kepada 39 orang penerima sebagai jurulatih dan 11 peserta sebagai penilai.

    Turut hadir ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias ​​bin Haji Abu Bakar; Pemangku Pengarah (Akademik), Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Walter Chong; dan Pengurus Hal Ehwal Korporat merangkap Pakar TVET dan penyelaras kursus, Cynthia Abdullah, berserta para pegawai dan pengurusan SEAMEO VOCTECH.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Alias menyatakan bahawa mempunyai jurulatih dan penilai berkualiti yang telah mengikuti proses pensijilan pastinya akan membantu mengesahkan segala proses dan amalan pengajaran mereka memenuhi latihan dan penilaian kelulusan yang diperlukan. Mereka juga dianggap kompeten dan dianugerahkan kelayakan berdasarkan ketetapan industri atau piawaian kelayakan.

    Dr Hajah Siti Haziah (kanan) semasa menyampaikan sijil pengiktirafan kepada salah seorang peserta pada majlis berkenaan. – Gambar serahan Pusat SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...