Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

50% terdedah bencana alam

-

ISTANBUL, 5 NOV – Menjelang tahun 2030, dianggarkan 50 peratus penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami.
Sempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, PBB dan WHO menyenaraikan bencana tsunami sepanjang 100 tahun lepas, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya selepas itu dan kematian.

Menurut Agensi Anadolu, laporan itu menyatakan pelaksanaan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.

PBB, yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya, memberi amaran bahawa urbanisasi dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai. Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling terjejas, menurut kenyataan itu.

Data PBB dan WHO menunjukkan kira-kira 260,000 orang terbunuh akibat 58 tsunami yang melanda dalam tempoh 100 tahun lepas. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Oseanografi UNESCO (IOC) menjalankan kajian untuk menyelaraskan perkhidmatan amaran awal tsunami. Stesen Amaran Awal Tsunami dan Sistem Tebatan telah ditubuhkan untuk kawasan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean dan Atlantik Utara-Timur, Mediterranean dan di kawasan laut yang lain.

Dengan itu, UNESCO mahu meningkatkan kesedaran mengenai amalan yang harus dilaksana untuk meminimumkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat tsunami.

IOC turut menganjurkan latihan komunikasi dan pemindahan penduduk di negara anggota, di bawah program kesedaran mengenai tsunami. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -