500 jalani pengasingan diri di rumah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Dengan peraturan baharu yang membenarkan pelaksanaan pengasingan diri di rumah, setakat ini lebih 500 orang telah menjalankan pengasingan diri di kediaman masing-masing.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab persoalan mengenai jumlah individu yang telah menjalani pengasingan di rumah, pada sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, petang ini.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan bahawa ketika ini, sebanyak 75 peratus pusat-pusat pengasingan telah menempatkan para pesakit COVID-19 yang mana pusat tersebut dalam keadaan yang terkawal.