Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Lebih 500 jemputan memeriahkan majlis terbuka Hari Raya Bank Standard Chartered (SCB) yang berlangsung di Tarindak D’Seni, di sini, hari ini.
Antara yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan, rakan kongsi, pemegang saham dan pelanggan yang dialu-alukan dengan senyuman oleh kakitangan bank tersebut termasuk Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei, Anirvan Dastidar.
Pelbagai hidangan disediakan semasa majlis terbuka itu yang turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Hari Raya Acapella.
Anirvan Dastidar berkata, perkumpulan ini memberi peluang untuk mengenali para pelanggan, pemegang saham dan orang ramai.

Sebagai bank antarabangsa, tambahnya, mereka sentiasa menjangkau kepada masyarakat tempatan sambil meningkatkan muhibah.
“Ini juga buat kali pertama menyambut Sambutan Hari Raya di Brunei dan saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Brunei, para pelanggan dan rakan kongsi atas sokongan berterusan dengan Sambutan Hari Raya yang meriah,” ujarnya.