500 terima sumbangan Nazmi

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Nazmi Textile tidak ketinggalan dalam sama-sama memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Seramai 500 orang anak yatim dari Mukim Berakas A dan B telah menerima sumbangan barang keperluan Hari Raya Aidilfitri daripada Nazmi Textile yang disampaikan oleh Penga-rah Nazmi Textile, Nazir Ahmad Zachariah secara pandu lalu di Cawangan Nazmi Textile, Serusop, hari ini.

Sumbangan tersebut bertujuan bagi meningkatkan rasa pemedulian dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat dan mempelbagaikan mekanisme kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan terhadap golongan yang kurang bernasib baik khususnya kepada anak-anak yatim.

Selain itu, ia juga dihasratkan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Nazir Ahmad Zachariah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan. – Gambar oleh Muiz Matdani