Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    50,000 hektar tanah untuk projek tanaman padi di Sabah, Sarawak

    SEBUYAU, SARAWAK, 17 SEPT – Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa.

    “Peruntukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu dikoordinasikan dengan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, selain itu perlu juga dapatkan persetujuan dari pemilik tanah (untuk pelaksanaan projek), terutamanya yang melibatkan Tanah Adat.

    “Jenis padi yang akan ditanam pula adalah mengikut kesesuaian tanah di Sabah dan Sarawak. Saya fikir kosnya di sini agak tinggi, namun itu perkara kedua, apa yang penting mesti ada kemampuan sara diri, maknanya self-sufficiency untuk bekalan beras,” katanya.

    Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas menghadiri program Santuni Rakyat di Sekolah Kebangsaan Haji Bujang, Sebangan dekat sini yang turut dihadiri oleh Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang dan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

    Zahid berkata penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman wajib diberikan keutamaan untuk sebarang projek pembangunan terutama di Sarawak, dengan 1.4 juta penduduknya tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. – Bernama

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) mengibarkan bendera negeri Sarawak pada Program Santuni Rakyat di Sekolah Kebangsaan Hj Bujang Sebangan baru-baru ini. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...